Tuesday, December 10, 2013

Woot..woot..Siapa Suka Baca Novel???

Assalamualaikum uols...

Ada tak readers yang suka baca Novel... If uols alert now banyak Novel yang telah diadaptasi kepada Drama... If uols nak tahu,saya ni amatlah meminati Novel..saya suka membaca sejak kecil lagi...bermula dengan cerita kisah Cinderella,Snow White...etc sebelum memulakan persekolahan darjah satu...then bila dah melangkah ke sekolah rendah,suka baca novel tentang penyiasatan seperi Hardy Boys,Nancy Drew...Apabila menginjak kaki ke sekolah menengah..tukar pula kepada novel seorang penulis terkenal Ahadiat Aqasha..memang gilerrr sangat dengan penulisan beliau...tup..tup..bila dah berada di Tingkatan 5,jatuh cinta dengan novel keluaran Alaf 21...Penulis yang sangat digemari seperti Sharifah Abu Salem..until now bila dah keluar macam-macam novel,banyak lah penerbitan dari pelbagai production seperti Alaf 21,Kaki Novel... best sangat... macam-macam koleksi Novel yang saya ada...kalau nak kira nilai...dah ribuan ringgit dah spend untuk novel jer...wajib every month at list 3 buah novel...mesti kena tebal macam dictionery...hehehe....

Alright,actually bukan nak cerita panjang lebar but just nak beri sedikit info mengenai minat saya yang gila dengan novel.... Ok... if uols nak tahu.. tak lama lagi muncul pula satu lagi Drama yang diadaptasi dari Novel... nak tahu tak tajuk apa???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ta da...... kenal tak Novel ni...??? 


Dilakonkan oleh Aiman & Emma Maembong.... wow....eee




SINOPSIS

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Hope gabungan dua pelakon ni dapat membawa watak utama dalam novel 'Projek Memikat Suami' dengan baik...Tak sabar nak tengok uols.... 

Jangan lupa saksikan pada 

16 Disember 2013 
Saluran Astro Ria 
Jam 9.00 - 10.00 mlm

xoxo,
Ainul Mardhiah



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...