Sunday, August 12, 2012

Hanis Haizi in Berita Harian



May be saya sendiri dah ketinggalan membaca artikel mengenai
 our own leader sendiri....sampai tertarik untuk menyampaikan artikel 
ni buat tatapan..those yang belum pernah baca lagi...so jom 
layan kejap...


HANIS JANA PENDAPATAN 6 ANGKA
OLEH SITI NUR ALMIZAN ARIPIN
SNUR@BHARIAN.COM.MY
2011/03/17

ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.
ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.
Jual korset penuhi minat kumpul beg, kasut mewah 
PERNAH menyalahkan keputusan ibu bapa membenarkan dia berkahwin 
sebelum menamatkan pengajian di kampus dan lebih menambah tekanan, dia 
disahkan hamil anak pertama sejurus selepas pernikahan.



Akui Hanis Haizi Abdul Hamid, ketika berkahwin, usianya baru memasuki angka
 22 manakala suami, Razali Mohamed Zain, 25.


“Betul seperti dikata, orang muda memang tidak matang dan disebabkan hanya suami yang mencari rezeki, kehidupan kami sekadar cukup untuk hidup saja. 
“Namun begitu, keinginan memiliki barangan peribadi berjenama memang
 tinggi memaksa saya berhutang kad kredit malah saya pernah memiliki hingga 
lapan kad pada satu masa,” katanya memulakan bicara. 


Kata Hanis Haizi, keluarga mengambil keputusan untuk tidak campur tangan 
dalam urusan rumah tangganya tapi apabila melihat adik-beradik lain hidup 
senang, dia juga teringin sehingga memaksanya berhutang. 


“Bagaimanapun, ketika sedang hamil anak kedua, barulah saya tergerak hati 
untuk berubah demi meringankan beban suami dan juga bagi memenuhi cinta
 saya terhadap barangan berjenama,” katanya jujur. 


Kini, Hanis Haizi bukan lagi manusia kalah yang hidup dibebani hutang malah 
semua kad kredit yang dulunya menjadi ‘nyawa’ untuknya sudah diganti kad debit. 


Segala-galanya bermula pada awal 2009 ketika ibu muda berusia 27 tahun itu 
nekad mencari kerja. Bagi menenangkan perasaannya ketika itu, wanita yang 
senang disapa sebagai Hanis itu turut melakukan solat istikharah, meminta
 petunjuk daripada Yang Maha Kuasa. 


“Besar kuasa Allah kerana selang empat hari selepas itu, seorang rakan
 menghubungi dan memperkenalkan saya kepada perniagaan korset
 Premium Beautiful (PB) Hai-O. 


“Berbekalkan modal sebanyak RM20,000 yang dipinjam daripada ibu, 
saya nekad memasarkan PB secara dalam talian sejak dua tahun dulu,” katanya. 


Membanggakan, dalam tempoh singkat, Hanis bukan setakat mampu tapi
 hidup mewah dengan pendapatan mencecah RM150,000 sebulan 
malah berpeluang mengumpul koleksi kasut dan tas tangan jenama
 mewah bagi memenuhi hobinya sebelum ini. 


“Bulan pertama, saya mendapat keuntungan jualan sebanyak RM3,000 
dan tanpa berlengah, saya tempah sepasang baju rekaan pereka 
fesyen Rizman Ruzaini berharga RM1,500 sebagai motivasi untuk 
diri sendiri manakala selebihnya disimpan,” katanya. 


Sejak mula terbabit dalam jualan langsung juga, Hanis menetapkan 
senarai impiannya. Antaranya, mahu sebuah kereta, rumah sendiri, 
himpunan tas tangan mewah dan melancong ke Tokyo, Jepun. 


“Selama berkahwin, ke sana ke mari hanya dengan kereta Proton Wira 
berusia lebih 10 tahun dan menjadi impian saya untuk memiliki sebuah 
kereta yang selesa. 


“Syukur kerana dalam tempoh setahun, saya mampu mencapai semua
 impian berkat doa serta dorongan suami dan keluarga,” katanya. 


Sesiapa yang mengikuti blog wanita ini pastinya tahu tahap ‘kegilaannya’
 terhadap tas tangan serta kasut jenama mewah dan akui Hanis, pembelian 
koleksi mahal itu, ‘habuan’ tanda motivasi untuk setiap jualan yang berjaya dilakukan. 


Dek kerana itu, Hanis akan memastikan dia membeli sekurang-kurangnya
 tiga atau empat tas tangan jenama mewah setiap bulan. Bukan calang-calang
 jenama kerana himpunan tas tangannya adalah daripada jenama mewah 
seperti Chanel, Prada, Chloe, MiuMiu, Burberry dan Marc Jacobs. 


“Saya suka berangan bergelumang hidup dengan barangan mewah sejak dulu. 
Suka menonton rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians kerana
 gemarkan fesyen dan kecantikan. 


“Kecintaan terhadap dunia kecantikan jugalah yang meletakkan saya di tahap 
sekarang. Boleh dikatakan, saya berniaga kerana ingin memenuhi hobi
 memiliki barangan berjenama,” katanya sambil membelek tas 
Chanel Maxi Caviar kesayangannya. 


Sejak 2010, Hanis turut mengumpul koleksi kasut dan sehingga kini,
 koleksi Salvadore Ferragamo menjadi kegilaannya. 


“Dulu, ketika tidak berduit, saya fikir tidak sanggup berhabis membeli 
kasut berharga ribuan ringgit yang sudahnya hanya dipakai di kaki tapi apabila 
sudah ‘terbeli’, saya jatuh cinta kerana kehalusan kerja dan keselesaan. 


“Dalam perniagaan juga, barangan berjenama memainkan peranan
 penting yang dapat mengubah persepsi awal pelanggan apabila bertemu
 malah kita sendiri pun rasa yakin,” katanya ramah. 


Bergelar Crown Diamond Manager (CDM) Premium Beautiful tidak semudah
 yang disangka malah dia menolak andaian, semua yang menyertai 
perniagaan MLM bakal bergelar jutawan dalam tempoh singkat. 


“Tanam dalam hati, tiada benda yang mustahil. Platform MLM senang
 untuk diceburi kerana produk sudah sedia ada malah perniagaan juga 
dimulakan dengan bertunjangkan pemimpin yang sedia mencurahkan
 segala ilmu dan tunjuk ajar. Saya tidak mempunyai ramai rakan karib
 tetapi berusaha memasarkan produk di blog,” katanya. 


Cerita lulusan Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) 
ini lagi, pahit manis sebelum menikmati indahnya kejayaan akan sentiasa
 dijadikan iktibar untuknya terus memajukan diri. 


“Saya pernah menangis di depan suami apabila pelanggan pertama
 tidak jadi membeli PB selepas penat menerangkan kelebihan produk ini. 
Ada juga teman sekampus mencemuh apabila tahu saya menyertai MLM 
malah tidak kurang juga beranggapan saya tidak berpelajaran tinggi, 
kerana itu menyertai MLM. 


“Pernah juga pergi dari rumah ke rumah untuk memasukkan risalah mengenai
 PB dalam setiap kotak pos serta menyelitkan risalah sama di akhbar. 


“Kata-kata semangat daripada suami mendorong saya mengharungi asam
 garam itu dan saya anggap segala kepayahan itulah banyak mengajar 
saya untuk menjadi orang berjaya hari ini,” katanya. 


Buktinya, perniagaan korsetnya kini tersebar luas bukan setakat di kalangan
wanita tempatan malah dia mengakui turut menerima pesanan PB 
daripada pelanggan di United Kingdom, Jerman, Australia, Brunei, 
Asia Barat, Eropah dan Jepun. 


Kini, impian anak kepada pasangan Datuk Abdul Hamid Mohd Ali dan 
Datin Kasmah Hashim ini adalah untuk mewujudkan jaringan rakan 
kongsi yang lebih luas. 


“Saya tidak mahu dikatakan menumpang kemewahan keluarga dan 
saya juga tidak mahu berjaya seorang diri. Impian saya, melihat lebih
 ramai pemimpin berjaya lahir di bawah CDM Hanis Haizi dan lebih
 penting, tahun ini, saya berazam untuk memiliki simpanan sebanyak
 RM1 juta ringgit,“ katanya penuh semangat. 



PROFIL: Hanis Haizi Abdul Hamid 


Kerjaya: Ahli perniagaan MLM 
Kelulusan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) 

Suami: Razali Mohamed Zain

Anak: Muhammad Hariz Rifqi, tiga tahun setengah dan Muhammad
            Haikal Razik, setahun. 

Laman web: www.hanishaizi.com






Saya sangat tertarik dengan artikel ini..sungguh pun macam2 cerita
yang tidak elok didengari mengenai empunya diri ini..walau bagaimana
pun..empunya diri sudah membuktikan kejayaan beliau sendiri..mengapa
perlu kisah sangat kutukan atau umpatan orang??? Adakah beliau 
meminta2 kepada mereka..jatuh bangun kehidupan beliau..adakah 
mereka diluar sana datang menghulurkan bantuan?? Begitu murni 
niat beliau untuk memajukan diri..membantu suami & membesarkan 
anak2...walaupun macam da terlambat nak membina kerjaya bukan?? 
tapi kejayaan tidak mengenal faktor usia seseorang itu untuk mengecapi
kejayaan...teruskan langkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang
kerana kejayaan itu ada dihadapan....

Ni mengukuhkan lagi semangat pada diri sendiri untuk berazam mengecapi 
kejayaan seperti Hanis haizi ...Pada mereka di luar sana,mengapa perlu 
membataskan diri anda..sedangkan pilihan terletak ditangan anda sendiri
...orang tidak menyokong tidak apa...tapi sekiranya mempunyai 
azam yang kuat Insyaallah,hasilnya akan terbentang luas di hadapan 
mata suatu masa nanti...pada waktu itu akan membantu anda 
membuka mata orang sekeliling anda...Trust Your Ownself....We work
in TEAM..so together you can do it!!! Caiyokkk...

so,kenapa perlu ragu2 lagi dengan keputusan anda..sertai kami sekarang..
Rakan kongsi sekitar PERLIS diperlukan...
 contact :
017-8702284

email :
ladyainul@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...